Saya ingin mengajak masyarakat Malaysia minum air kosong sahaja. Saya tidak akan teragak-agak untuk menegur sesiapa sahaja yang buat konten makanan atau minuman yang tidak sihat. Kalau rasa sedikit, tiada masalah. Jangan dibiasakan. Jom kita sihatkan diri didalam bulan Ramadhan ini.
En Fandi, van Kopi Tanak tegur saya. “Ohh Doktor, singgah lah”. Saya: ada tak kopi yang tak manis? “Adaaaa.. Saya buatkan. Latte no sugar” Saya: syrup pun tak nak ya! Masya-Allah sedap kopinya. Di dining hari, selepas tamat terawih di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong: lain macam nikmatnya. Tipu lah kalau saya hanya minum air kosong. Boleh saja minum yang lain tapi kawal hadnya. Kesihatan BUKAN tanggungjawab KKM sahaja. It should be a whole nation approach. SEMUA orang memainkan peranan masing-masing. Contohnya penjual boleh ingatkan pembeli, pempengaruh boleh selitkan tentang kesihatan. Kita tidak akan tahu siapa yang akan mudarat jika kita tidak menjalankan tanggungjawab. Demi masa depan kesihatan masyarakat Malaysia. PS: Van Kopi ini biasanya bertapak di sebelah PETRONAS Bukit Jelutong. Boleh cari, sedap😋
Populasi Malaysia 35 juta, dewasa 23 juta. Anggaran dewasa pesakit kronik buah pinggang 15.5% - 3.5 juta Pesakit dialisis sekarang - lebih 40 ribu. Pakar buah pinggang berdaftar 269 orang. Di KKM, hanya dalam 110 orang sahaja. Kesihatan diri - jaga sendiri.
Saya tidak akan berhenti kempen air kosong ini, demi kesihatan rakyat Malaysia. Terima kasih @KKMalaysia 🇲🇾 untuk pelbagai infografik. #jomairkosong #sayangibuahpinggang
Pada 21hb Mac 2025 (Jumaat minggu lepas), genap 3 tahun Arwah Mak meninggalkan kami - saya menerima berita yang Arwah Abah mengalami kanser yang telah merebak. Beliau tidak pernah mengadu sakit sehingga ke pengakhiran. Arwah masih boleh memandu balik kampung Melaka dan Perak awal Ramadhan. He was such a strong man, at 78. Sejak pulang dari hospital hari Ahad, cepat betul beliau merosot. Alhamdulillah kami dapat menjaga beliau. Ada paramedik menemani dan pakar yang melawat di rumah. Anak-anak, cucu-cucu berada disisi semasa beliau menghembuskan nafas terakhir petang semalam (27 Mac 2025, 26 Ramadhan). Pengakhiran beliau sangat-sangat dipermudahkan. Selesai kesemua urusan pengkebumian selepas terawih, malam Jumaat yang terakhir di bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih kepada kesemua yang menolong kami. Terima kasih yang datang, ramai betul semalam. Terima kasih semua doa-doanya, melalui kesemua medium media sosial & mesej yang bertalu-talu di handphone.